fbpx

Peluang terbaik Malaysian Tigers muncul juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Malaysian Tigers meraikan kejayaan menumpaskan Jepun 4-2 pada aksi terakhir liga sepusingan PSAS di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak kelmarin.

BINTANG skuad hoki negara, Muhammad Razie Abd. Rahim merasakan ini adalah peluang terbaik buat mereka untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) selepas mara ke final edisi kali ini.

Jika menewaskan Korea Selatan pada final di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak malam esok, ia bakal menjadi kejayaan bermakna buat Razie yang sudah meraih kaps antarabangsa ke-300.

Tonggak pertahanan berpengalaman itu membuat penampilan tersebut ketika membantu Malaysian Tigers menewaskan Jepun 4-2 pada aksi terakhir liga sepusingan malam kelmarin.

“Jika diberi rezeki juara, ia memang sangat bermakna kerana saya dapat 300 kaps di sini dan kejohanan ini jugalah debut pertama bersama skuad negara.

“Memang dari awal lagi kita nak jadi juara edisi kali ini. Setiap pemain berikan lebih 100 peratus komitmen dan tahu tanggungjawab masing-masing apabila di atas padang,” katanya.

Lebih manis, Razie turut menyumbat dua gol dalam kemenangan ke atas Jepun semalam selain dua lagi gol skuad bimbi­ngan Arul Selvaraj itu dihasilkan oleh Nik Aiman Nik Rozemi dan Norsyafiq Sumantri.

Kemenangan itu membo­lehkan Malaysian Tigers menghuni tangga kedua dan menempah pertemuan dengan Korea Selatan yang menewaskan mereka 3-0 pada aksi pembukaan ­minggu lalu.

“Kami berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran utama pasukan iaitu pingat emas Sukan Asia (di Hangzhou, China pada September 2023.

“Aksi final akan menjadi satu perlawanan berbeza dan peluang 50-50 buat kedua-dua pasukan. Namun, kami sudah analisis apa kesilapan kami dalam lima perlawanan awal sebelum ini,” jelas Razie.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah muncul juara sejak edisi pertama kejohanan pada 1983 dengan pencapaian terbaik adalah naib juara sebanyak lima kali bermula 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI