fbpx

Amaran cuaca buruk di beberapa negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk di beberapa negeri sehingga pukul 1 pagi ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Turut diramalkan mengalami cuaca buruk bagi tempoh sama daerah Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub. Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai. Sarawak di Kuching, Samarahan, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan malam ini. – KOSMO! ONLINE sehingga pukul 1 pagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI