fbpx

Lelaki tular gelang pink dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki gelang pink yang tular selepas berada di sebuah stesen minyak ditahan malam tadi di sekitar Klang.

KLANG – Seorang lelaki yang tular memakai gelang merah jambu di stesen minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi, di sini berjaya diberkas malam tadi.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap pukul 8 malam di sekitar Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati suspek bekerja sebagai jurutera minyak dan gas di Sabah.

“Semakan mendapati lelaki itu telah pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober lalu dan tinggal di kawasan daerah ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan pengunjung di sebuah stesen minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini gempar dengan kehadiran seorang lelaki memakai gelang merah jambu yang disyaki masih dalam tempoh kuarantin kelmarin.

Kehadiran lelaki berusia 30 tahun kira-kira pukul 7.24 petang itu mencetuskan kebimbangan kerana Bukit Tinggi antara kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI