fbpx

Penjana HRDF buka peluang B40 tambah pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta kursus mendengar penerangan mengenai cara-cara menjahit baju sekolah ketika menyertai kursus di Dewan Padang Luas, Bera baru-baru ini.

BERA – Golongan B40 mempunyai banyak peluang untuk menambah pendapatan terutama mereka yang terkesan dengan pandemik wabak Covid-19 melalui pelbagai inisiatif ditawarkan kerajaan.

Menyedari hakikat itu, Penna Writes Resources telah menyediakan kursus menjahit baju sekolah secara mini pukal kepada 250 individu bagi memberi pengalaman dan peluang menambah pendapatan.

Kursus yang diadakan di Dewan Padang Luas di sini baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharen Alzalip berkata, ia mensasarkan golongan dari luar bandar untuk melibatkan diri dalam perniagaan baju sekolah yang memberi fokus kepada memenuhi pasaran setempat.

Katanya, kursus yang mensasarkan golongan B40 di Parlimen Bera ini akan dikembangkan di mana-mana kawasan lain pada masa akan datang.

“Peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas menjahit bahagian-bahagian baju sekolah secara mini pukal.

“Ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk melibatkan diri dalam perniagaan jahitan baju sekolah bagi memenuhi pasaran setempat.

“Objektif utama kursus ini adalah memastikan kelangsungan hidup mereka dan membuka peluang kepada golongan sasar untuk menjana pendapatan tambahan bagi memastikan kelangsungan hidup setelah pendapatan mereka terjejas akibat wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kursus itu merupakan inisiatif B40 Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) yang dianjurkan Penyedia latihan Penna Writes Resources PLT.

Kursus itu dijalankan selama 11 hari sehingga 19 Oktober depan.

Ia dirasmikan Ketua Wanita UMNO Bera, Datuk Sabariah Saidan.

Dalam pada itu, Sabariah menjelaskan, program itu memberi dimensi baharu kepada golongan B40 di luar bandar.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di atas inisiatif Penjana HRDF yang tidak meminggirkan masyarakat di luar bandar.

“Program ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk menghasilkan baju sekolah sekali gus memenuhi permintaan pasaran baju sekolah untuk penduduk setempat serta kawasan-kawasan di sekitarnya.

“Kursus ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran peserta di samping membuka peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI