PENGACARA berstatus jutawan, Steve Harvey mendedahkan dirinya pernah menjadikan kereta sebagai kediamannya selama tiga tahun.
Steve atau nama sebenarnya, Broderick Stephen Harvey berkata, sebelum bergelar hartawan, dia pernah hidup merempat sebagai gelandangan.
“Saya mula terjun dalam dunia komedi ketika berusia 27 tahun. Saya hidup merempat sebagai gelandangan dari usia 30 hingga 33 tahun.
“Saya tinggal dalam kereta selama tiga tahun. Jangan berhenti meletak harapan pada impian kita,” ciapnya menerusi Twitter.
Coret figura yang cukup dikenali sebagai hos pertandingan ratu cantik, Miss Universe itu, ramai yang tidak mengetahui perit jerih kehidupannya sebelum mengecap kejayaan hari ini.
I didn’t get into comedy until I was 27. I was homeless from 30 to 33. I lived in a car for three years. Don’t give up on your dreams 💯
— Steve Harvey (@IAmSteveHarvey) November 7, 2022
“Orang ramai saya hari ini, mereka tak tahu saya datang dari mana. Saya selalu ingatkan budak-budak baru, kunci berjaya adalah jangan pernah berputus asa atau mengalah.
“Ada kehidupan yang lebih baik di hadapan kalian. Kalian cuma perlu lihat perlu fahami keadaan sebenar yang rancangan Tuhan lebih baik daripada rancangan manusia,” ciap Steve, 65.
Sekadar info, Steve yang merupakan bapa kepada tujuh orang cahaya mata itu memiliki kekayaan berjumlah AS$ 280 juta (RM1.2 bilion) hasil profesion sebagai penerbit, aktor dan pelawak. – KOSMO! ONLINE