fbpx

Hafiz, Siti Kamilia sebagai perantis muda sertai FIA WEC Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAZEMAN (tengah) bersama Muhammad Hafiz dan Siti Kamilia Alisa yang mengikuti pembangunan LINK TTAP dalam pasukan JOTA.

KUALA LUMPUR – Dua pelajar muda menerima peluang terbaik selepas terpilih bagi menyertai pasukan JOTA menjelang perlumbaan pusingan akhir Kejohanan Endurance Dunia (FIA WEC) di Bahrain pada 10 hingga 12 November ini.

Dua perantis yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Shamsul Bahrim dan seorang wanita, Siti Kamilia Alisa Kamarudzaman yang mengikuti pembangunan Program Perantisan Pemindahan Teknologi (LINK TTAP) bakal mengembangkan pengalaman mereka pada saingan tertinggi.

Pelumba berbakat negara, Jazeman Jaafar berkata, pendedahan tersebut sekali gus menjadi platform terbaik untuk  membangunkan karier mereka terutama mencuburi sukan permotoran terutama peringkat kebangsaan dan global.

“Sukan permotoran adalah industri yang memerlukan komitmen penuh daripada jurutera atau Juruteknik dalam kejayaan seseorang pelumba dan pasukan. 

“Data membantu mengasah kemahiran dan kepakaran serta prestasi pelumba yang berpotensi berkenaan kejuruteraan melalui gabungan pengajaran dalam sukan permotoran. 

“Tujuan utama daripada program ini adalah untuk memastikan juruteknik atau jurutera kami termasuk wanita bersedia bagi melanjutkan kerjaya mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

“Dengan pembangunan teknologi tinggi dalam sukan permotoran, ini akan membolehkan, kami memanfaatkan pemindahan teknologi yang meningkatkan pembangunan dalam industri automotif dan sukan permotoran tempatan. 

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang sangat baik daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YP) dalam menjayakan program ini,” kata Jazeman.

LINK TTAP atau pembangunan modal insan ini direka untuk meningkatkan kemahiran automotif dan pengetahuan bakat tempatan melalui perantisan dalam sukan permotoran peringkat kebangsaan dan global. 

Selain itu, program ini merupakan program yang memberikan pendedahan secara langsung melalui peluang pekerjaan sebagai jurutera atau juruteknik perlumbaan pada Kejohanan FIA Endurance Dunia (WEC) bersama pasukan terkemuka iaitu JOTA dan pelumba 4 roda antarabangsa negara, Jazeman.

Selain itu, empat perantis atau pelajar LINK TTAP juga telah diberi peluang yang pertama kalinya dalam industri sukan permotoran dua roda oleh Persona Energy dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka pada perlumbaan Cub Prix bersama Peneraju Kejuaraan dalam kategori Wira KBS iaitu pasukan Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing pada minggu lepas di Litar Antarabangsa Sepang. 

Perantis-perantis yang terlibat adalah Mohammad Haritz Aiman Mohd. Rosli, Ahmad Lufti Latif, Muhammad Azfar Ahmad Zaini, dan Muhammad Asyraf Mohd Khairul Muhar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI