fbpx

Budak lelaki lincah, kini diam selepas sakit tulang belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARINA (dua dari kanan) menerangkan kepada Isham (dua dari kiri) mengenai keadaan kesihatan anaknya di kediamannya di Padang Jawa, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – “Sebelum ini dia kanak-kanak yang lincah tetapi kini semuanya berubah selepas disahkan menghidap tibial spine fracture atau penyakit tulang belakang sejak tahun lalu.”

Demikian luahan Marina Mukhtar, 44, berhubung keadaan anak bongsunya, Rafhique Mohd. Sani, 11, yang ketika ini bergantung kepada alat sokongan khas.

Ceritanya, dia terkejut apabila anaknya yang lincah sebelum ini secara tiba-tiba disahkan menghidap penyakit tersebut.

Katanya, semuanya bermula apabila kesihatannya mula merosot dengan kerap demam dan kurang aktif.

“Dia anak yang sihat tetapi kesihatannya berubah selepas Perintah Kawalan Pergerakan dan jangkaan awal doktor dia ada jangkitan dalam darah.

“Setelah pemeriksaan lanjut oleh pakar, rupanya anak saya menghidap sakit tulang belakang dan perlu memakai alat sokongan khas ini selamanya dan tidak selincah dulu kerana takut akan lumpuh,” katanya.

Marina terdahulu menerima ziarah kasih daripada Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Isham Jalil.

Tambah Marina, dia ketika ini perlu memberi perhatian sepenuhnya dalam memastikan Rafhique kembali sihat dan menggunakan hasil pendapatan menerusi jualan rojak dan laksa bagi menyara kehidupan mereka berdua.

Katanya, suaminya Mohd. Sani telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang tahun lalu, manakala tiga orang anaknya berusia antara 18 hingga 23 tahun masih belajar dan ada yang mempunyai komitmen lain selepas berkahwin.

“Saya menjual rojak dan laksa di kios pusat beli-belah di daerah ini. Setakat ini saya menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM400 dan bantuan susu khas empat tin sebulan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 012234020008817 atas nama Marina Mukhtar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI