fbpx

Hujan berterusan di Pantai Timur hingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 11 November 2022.

Sementara itu, MetMalaysia turut melaporkan negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan Sarawak juga dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir yang lebih kerap di sebelah petang hingga malam.

“Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre dor Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang membawa kepada hujan lebat dan angin kencang selama tempoh tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web rasminya untuk maklumat cuaca terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI