SELEPAS lima bulan bercerai, bekas isteri penyanyi Tegar iaitu Sarah Sheilka didakwa sudah menemui pengganti.
Baru-baru ini, wanita itu mencetuskan spekulasi apabila memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang lelaki dalam laman sosial.
Bagaimanapun, Sarah tidak menjelaskan siapa lelaki bernama Fatham itu biarpun mendapat banyak pertanyaan daripada netizen.
Sarah berpisah dengan Tegar pada Jun lalu selepas tidak mampu mempertahankan rumah tangga mereka akibat masalah kewangan.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abizard.