fbpx

PRU15: Isu kos hidup rakyat, kestabilan politik teras manifesto BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika memberi taklimat dan perbincangan bersama Ketua Cawangan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama yang diberi penekanan oleh Barisan Nasional (BN) dalam manifestonya yang dilancarkan malam tadi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata kedua-dua aspek itu menjadi keutamaan dalam 99 tawaran atau akujanji parti itu jika kembali memerintah negara khususnya dalam persediaan menghadapi jangkaan kemelesetan ekonomi dunia pada suku pertama tahun depan.

“Tawaran ini akan menjadi ‘game changer’ atau perubahan yang tidak pernah ditawarkan oleh BN pada PRU sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi taklimat dan perbincangan bersama petugas Jalinan Rakyat (JR) serta Ketua Cawangan UMNO di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Menurut Presiden UMNO itu, tawaran itu turut mengambil kira keperluan dan kehendak pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun, tetapi melibatkan pembangunan lebih seimbang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI