fbpx

‘Saya bukan Michael Jackson, saya abang Mat Sabu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad berucap sempena program Jelajah Mega Harapan di Dataran Taman Indah, Tampin malam tadi. - Foto NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – “Saya bukan Michael Jackson, saya abang Mat Sabu,” seloroh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bagi meredakan sorakan lebih 1,000 penyokong terhadapnya, malam tadi.

Beliau antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diberi peluang berucap sempena program Jelajah Mega Harapan di Dataran Taman Indah, di sini malam tadi.

Menurutnya, melihat reaksi orang ramai yang sanggup hadir walaupun hujan, beliau yakin PH diketuai Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat menerajui negara selepas 19 November ini.

“Jangan risau soal kelayakan Anwar. Anwar terkenal di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), terkenal di Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), biasa jadi pensyarah di universiti-universiti utama di Amerika.

“Tokoh itu tokoh ini, tokoh tak tokoh, kalau 19 hari bulan ini kita dapat kurang daripada 112 kerusi ketokohan Anwar tinggallah dengan kampungnya yang hijrah baharu.

“Ketokohan Anwar terserlah bila 19 hari bulan pukul 12 tengah malam, PH berjaya mencapai 112 kerusi. Orang dunia pun tahu Anwar,” katanya dalam program yang turut dihadiri Anwar selaku Presiden PKR; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun dan calon PH bagi Parlimen Tampin, Muhammad Faiz Fadzil.

Sebelum ini, PH secara rasminya mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika mereka memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Ipoh, Perak pertengahan bulan lalu.

Dalam ucapannya, Saifuddin berkata, perkara itu telah dipersetujui jawatankuasa Majlis Presiden PH melalui beberapa siri temu rapat sebelum ini.

Menurutnya, pemilihan sebagai calon Perdana Menteri itu mengambil kira keyakinan terhadap ketokohan Anwar untuk menyelamatkan ekonomi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI