fbpx

Bebas Covid-19, platelet Mafarikha pula menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAFARIKHA disahkan bebas Covid-19, namun masih perlu ditahan di wad bagi memantau keadaan paru-parunya yang ditebuk bagi mengeluarkan lebihan air.

PETALING JAYA – Selepas 14 hari dirawat di hospital berikutan masalah paru-paru berair akibat jangkitan Covid-19, Mafarikha Akhir ditimpa dugaan lain.

Bacaan platelet Mafarikha menurun sehingga badannya terpaksa dimasukkan darah.

Penyanyi Angin itu menerusi InstaStory pagi tadi dengan memuat naik perkembangan kesihatannya sebelum menjalani prosedur menebuk lubang pada paru-paru, minggu lalu.

“Drama air mata pagi-pagi seorang diri. Masih demam 38 darjah Celcius. Platelet darah turun dari 12 ke tujuh.

“Selepas ini nak kena masukkan darah. Saya sudah tahu apa yang saya rasa sekarang,” katanya seakan meluahkan perasaan.

Menerusi hantaran lain, Mafarikha, 29, turut menjelaskan dirinya belum dibenarkan pulang ke rumah walaupun sudah bebas Covid-19 disebabkan doktor masih mahu memantau keadaan paru-parunya.

“Ada yang tertanya-tanya kenapa lama sangat duduk di hospital biarpun sudah negatif. Saya kena tebuk keliling paru-paru, doktor nak tunggu betul-betul kering.

“Takut nanti kalau tutup awal, air akan bertakung lagi. Pada masa sama saya masih menggunakan oksigen dan antibiotik,” katanya.

Sebelum dimaklumkan perlu dimasukkan darah, Mafarikha meluahkan rasa lega apabila seorang doktor lain menyatakan berkemungkinan dia dapat keluar hospital andai tahap oksigennya stabil.

Berita tersebut sekali gus meredakan kesedihan selepas lebih dua minggu dia ‘berkampung’ di dalam wad biarpun perlu menyambung pengambilan antiobiotik di rumah.

Terdahulu, Mafarikha yang baru pulang dari Istanbul, Turkiye dengan suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa dimasukkan ke hospital Oktober lalu selepas mengalami cirit-birit dan muntah berpanjangan.

Doktor kemudian mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap lima selain nyaris ditidurkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI