PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk sehingga pukul 4 petang itu diramal berlaku di seluruh Perak.
“Kedah di Kuala Muda, Sik, Baling, Kullim dan Bandar Baharu. Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran dan Bera, manakala Johor di Segamat, Batu Pahat dan Kluang,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut MetMalaysia, Sarawak dijangka berlaku di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Miri (Subis, Beluru Miri dan Marudi.
“Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantal Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE