fbpx

Lelaki Kemboja derita kaki gergasi akibat gigitan nyamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Seorang lelaki muda kini menderita selepas salah satu kakinya menjadi ‘gergasi’ gara-gara terkena sejenis jangkitan akibat gigitan nyamuk.

Portal berita The Sun UK menyatakan Bong Thet, 27, gagal memperoleh rawatan sejak dua dekad lalu.

Keadaan itu memaksa dia untuk menyeret kaki kirinya setiap kali mahu berjalan. Lelaki itu menetap di Kampong, wilayah Chhnang di Kemboja.

Menurut laporan, dia terkena jangkitan itu semasa berumur enam tahun sebelum satu ketulan kecil tumbuh pada kakinya.

Ibu bapa Thet pada ketika itu menyangka ketulan itu cuma kesan luka kecil semasa anak mereka bermain di luar rumah.

Bagaimanapun, semasa ber­usia 12 tahun, ketulan kecil itu semakin membesar dan merebak hingga menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan terpaksa berhenti sekolah.

Ibu bapa Thet bekerja sebagai operator di sebuah kilang dan meraih pendapatan kecil hingga tidak mampu membiayai kos rawatan anak mereka.

Nasib Thet berubah selepas 20 tahun apabila kisah pende­ritaannya diketahui umum dan seorang ahli perniagaan tampil untuk menanggung kos rawatan tersebut.

Dana Try menyumbang 10,000,000 KHR (RM10,082) untuk membantu Thet bertemu doktor buat kali pertama bagi merawat penyakit itu.

Pemeriksaan mendapati dia menghidap filariasis limfatik atau penyakit kaki gajah, satu pe­nyakit disebabkan parasit bawaan nyamuk. Setakat ini, tiada vaksin untuk merawat penyakit itu.

“Saya akan gunakan duit itu untuk rawatan susulan doktor dan membeli keperluan harian,” kata Thet. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI