fbpx

Pekerja akan diberi cuti bergaji pada hari lahir – BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) berjanji akan mengiktiraf sumbangan pekerja dengan cuti bergaji pada hari lahir mereka jika menang pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi menjawab isu orang muda yang dihimpit pengangguran serta golongan pekerja yang menghadapi tekanan gaji rendah.

“Selain itu, BN turut bermatlamat untuk membela kebajikan yang terabai dan ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan yang selesa dan bermaruah.

“Ini akan dilakukan dengan membina negara yang stabil dan makmur dengan rakyat berpendapatan tinggi,” katanya dalam siaran langsung di laman Facebook BN malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI