fbpx

BN janji pelbagai bahasa diajar di sekolah pupuk kemajmukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) menawarkan beberapa langkah untuk memupuk kesedaran kemajmukan dan perpaduan di negara ini apabila memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah pertama dengan menyuburkan keharmonian dan menyemai nilai menghargai satu sama lain dalam kalangan pelajar sekolah.

“Selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kini diajar di semua sekolah, di bawah BN nanti semua sekolah akan turut mengajar bahasa-bahasa komunikasi asas yang lain seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan bahasa-bahasa etnik yang lain.

“Ia bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran sesi yang menyeronokkan, malah sekolah akan menjadi tempat semua pelajar bersahabat dan membesar sebagai rakyat yang bersatu padu,’ kata pada Pelancaran Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang disiarkan secara dalam talian malam ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN ingin memastikan majikan mengambil pekerja daripada pelbagai bangsa, gender dan latar belakang dengan menawarkan insentif cukai kepada syarikat mempunyai kemajmukan di peringkat pengurusan.

Malah, katanya, BN akan meneliti kesesuaian penubuhan Tribunal Kesaksamaan Gender dan menubuhkan Tribunal Anti Gangguan Seksual bagi menghapuskan sepenuhnya isu gangguan seksual, ketidaksaksamaan gaji, imbuhan dan layan kerana perbezaan gender.

“Pada masa sama, atas nama keterangkuman juga, kita tidak lagi mahu anak-anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur atau mereka yang berbeza identiti bangsa dan agama dinafikan hak untuk menjadikan Malaysia tanah air tercinta.

“Oleh itu, saya tegaskan di sini bahawa BN bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan wargaegara asing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI