fbpx

Manchester United diundi lawan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NYON, Switzerland – Manchester United perlu memberikan prestasi sehabis baik jika mahu meneruskan perjuangan di pentas Eropah apabila diundi bertemu Barcelona pada playoff Liga Europa.

The Red Devils terpaksa akur beraksi di peringkat playoff selepas muncul naib juara Kumpulan E di belakang Real Sociedad yang mara automatik ke pusingan 16 terbaik.

Berdasarkan rekod, United hanya berupaya mencatat satu kemenangan daripada 10 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama berentap pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara edisi 1994/1995.

Lebih menyukarkan keadaan apabila United tewas dalam empat aksi terakhir menentang The Catalans sejak menang 1-0 pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara edisi 2008/2009.

Bagi pertemuan kali ini, skuad bimbingan Erik ten Hag tetapi dilihat mempunyai peluang kerana Barcelona tidak berada pada tahap terbaik apabila beraksi di luar Sepanyol.

Ia terbukti apabila pasukan kendalian Xavi Hernandez itu gagal layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara apabila menghuni tangga ketiga Kumpulan C di belakang Bayern Munich dan Inter Milan.

Bagaimanapun, United dilihat mempunyai ‘senjata’ rahsia melalui Cristiano Ronaldo yang sudah menjaringkan 20 gol sepanjang kariernya menentang Barcelona.

Sebagai rekod, United akan menanti kunjungan Barcelona di Old Trafford pada 16 Februari 2023 sebelum bertandang ke Camp Nou untuk aksi timbal balik seminggu kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI