fbpx

PRU15: Saya akan bina Klinik Kesihatan yang lebih besar – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kanan) beramah mesra bersama para peniaga ketika melakukan lawatan di Pasar Tani Kampung Melayu Subang, hari ini. - GAMBAR/ FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau akan membangunkan sebuah Klinik Kesihatan (KK) Paya Jaras baharu bagi menggantikan kemudahan sedia ada.

Penyandang Parlimen Rembau itu berkata, perkara itu menjadi fokus utamanya agar kapasiti dan perkhidmatan KK di kawasan tersebut dapat diakses oleh semua penduduk.

Menurutnya, beliau komited dalam melakukan perubahan selain mendengar keluhan serta suara penduduk kampung yang sering menjadi perhatian buat dirinya.

“Klinik Kesihatan Paya Jaras ini dari segi prasarana dibina untuk keluasan penduduk 5,000 orang. Namun, sekarang di kawasan ini sudah ada lebih 120,000 penduduk.

“Dalam perancangan saya, untuk jangka masa sederhana ini, memang saya akan melihat tapak baharu untuk dibina KK Paya Jaras kerana kawasan sedia ada agak sukar diperluaskan kerana lokasinya tepi jalan dan agak bahaya.

“Sekiranya diberi amanah dan dapat menjadi ahli Parlimen, dan Datuk Seri Ismail Sabri dah janji jika beliau jadi Perdana Menteri, saya akan kekal sebagai Menteri Kesihatan.

“Maka, senanglah saya nak bina KK yang lebih besar di Paya Jaras,” katanya ketika ditemui di Pasar Tani Kampung Melayu Subang, di sini hari ini.

Tambahnya, usaha tersebut adalah bagi memudahkan penduduk Paya Jaras untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI