fbpx

26 ekor ikan emas mati ‘direbus’ akibat renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKAN-IKAN itu mati selepas sebuah soket terjatuh ke dalam tangki. - Newsflash

BEIJING, China –  Seorang lelaki di China sedih apabila mendapati semua 26 ekor ikan emas peliharaannya mati dalam satu kejadian aneh, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lelaki itu mendapati sebuah soket elektrik yang rosak jatuh ke dalam tangki ikan dan mencetuskan renjatan elektrik, mengakibatkan semua ikan kesayangannya mati.

Kejadian itu berlaku di rumah pemilik ikan itu yang mahu dikenali sebagai Chen, di bandar Guangzhou dalam wilayah Guangdong.

Chen berkongsi dua rakaman mengenai ikan emas kesayangannya di platform penstriman tempatan, Douyin yang memaparkan situasi sebelum dan selepas kejadian itu.

Video pertama memaparkan ikan-ikan emas yang cantik dan berwarna-warni berenang di dalam tangki, manakala video seterusnya memperlihatkan situasi di mana Chen kehilangan ikan-ikannya.

Kesemua ikan emas itu terapung dan berada dalam keadaan tidak bermaya di permukaan air. Chen menyedari ikan-ikannya ‘direbus’ hidup-hidup ketika mencabut soket elektrik itu.

Dia cuba meletakkan tangan ke dalam tangki itu dan menyedari air di dalamnya sangat panas.

Walaupun sedih, Chen yang merupakan seorang pencinta hidupan akautik, berharap semua orang dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan memberi perhatian kepada aspek keselamatan ketika menggunakan peralatan elektrik.

Ramai pengguna di media sosial sedih dan terkejut melihat insiden itu dan membanjiri ruang komen dengan mesej sokongan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI