fbpx

Bungkus tubuh dengan plastik semasa makan pisang dalam tren untuk elak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu membungkus dirinya menggunakan plastik sebelum memakan buah pisang yang dibawa. - SCMP

BEIJING – Seorang wanita baru-baru ini dirakam membungkus tubuhnya dengan menggunakan beg plastik semasa menaiki tren bawah tanah di wilayah Hubei, China, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita yang duduk di kerusi itu membungkus dirinya sebelum makan buah pisang yang dibawa.

Menurut media tempatan, gelagat wanita itu menarik perhatian seorang penumpang bernama Wang. Dia merakam video kejadian tersebut kerana terhibur dan ingin melihat apa yang wanita itu lakukan.

Wang juga terkejut dengan pakaian wanita itu.

“Terdapat wabak Covid-19 sporadik di seluruh Wuhan tetapi pada pendapat saya, adalah agak melampau untuk wanita itu melindungi dirinya dengan berpakaianseperti ini.

“Perbuatan makan dalam kereta api bawah tanah juga tidak sesuai. Dia mengasingkan diri daripada orang lain dengan membungkus dirinya di dalam beg plastik,” kata Wang yang  dipetik agensi berita tempatan.

Perbuatan makan di dalam kereta api bawah tanah adalah dilarang di China. Bagaimanapun, wanita itu menggunakan helah bijak untuk melakukannya dan mematuhi peraturan ketat Covid-19 di negara itu.

China yang merupakan lokasi di mana koronavirus ditemui pada 2019, adalah antara negara yang masih melaksanakan dasar ‘Sifar Covid’ dengan menguatkuasakan perintah berkurung ke atas berjuta-juta orang bergantung kepada angka jangkitan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN