fbpx

Manifesto PH cuba ambil hati orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai cara digunakan oleh jentera kempen parti politik bagi memikat hati pengundi.

KUALA TERENGGANU – Manifesto ditawarkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini dilihat cuba mengambil hati pe­ngundi muda.

Penganalisis sosio politik daripada Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, ia kerana PH sedar undi golongan tersebut boleh menjadi penentu kemenangan dalam PRU15 yang berlangsung 19 November ini.

“Berdasarkan statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,393,549 juta pengundi berada dalam lingkungan usia antara 18-20 tahun, manakala 4,614,429 pengundi pula berusia antara lingkungan 21-29 tahun.

Awang Azman

“Oleh itu, saya lihat PH berusaha menawarkan nilai tambah yang lebih istimewa untuk memikat pengundi muda,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Begitupun, Awang Azman memberitahu, sebahagian janji manifesto tersebut sebenarnya sudah lama dilaksanakan kerajaan.

Jelas beliau, antaranya Biasiswa B40 yang dijanjikan PH sebenarnya sudah lama dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Program Dermasiswa B40.

“Manfaat dermasiswa yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga pelajar kurang berkemampuan itu sudah lama dinikmati golongan sasar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Awang Azman berkata, secara keseluruhannya, PH dilihat sudah belajar daripada kesilapan dilakukan pada PRU14 lalu dengan tidak lagi menjanjikan manifesto ‘bulan dan bintang’ yang mustahil ditunaikan.

Sebaliknya, jelas beliau, PH kali ini menawarkan janji yang lebih realistik dan boleh dicapai sekiranya gabungan parti itu sekali lagi berjaya menawan Putrajaya.

Dalam pada itu, Awang Azman mencadangkan semua parti bertanding pada PRU15 ini fokus kepada isu-isu membelenggu rakyat pada masa ini.

Beliau berkata, rakyat rata-ratanya masih sangat terkesan dengan kemelesetan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

“Manifesto ditawarkan gabu­ngan parti politik perlu menilai keperluan untuk menurunkan kadar peratusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bank serta memberi jaminan tidak akan ada kenaikan tarif elektrik tahun depan.

“Selain itu, manifesto untuk mewujudkan peluang pekerjaan berganda, gaji munasabah serta peningkatan jumlah subsidi untuk menyantuni rakyat juga akan menjadi pilihan dan tarikan dalam PRU15 ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI