fbpx

Cuaca buruk hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia berkata, seluruh negeri Perlis dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini, manakala di Kedah hanya melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim.

“Kawasan di Perak yang diramalkan menghadapi ribut petir adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pantai Timur, hujan lebat dijangka melibatkan kawasan di Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) manakala di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” katanya.

Tambah MetMalaysia lagi, antara kawasan di Lembah Klang dijangka terkesan dengan cuaca buruk ini adalah Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi seluruh kawasan Johor dan Melaka (Jasin).

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk diramalkan bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi Sabah pula meliputi Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI