JEMPOL – Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila terbabit nahas sewaktu mengelak kenderaan berhenti di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini petang tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki berusia 53 tahun cedera di kaki dan dikejarkan ke Hospital Jempol bagi mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, pemandu datang dari arah Jerantut, Pahang, selepas menghantar petrol dan dalam perjalanan menghala ke Seremban.
“Setibanya di lokasi, kenderaan mangsa terbabas dan terlanggar paip air ketika mengelak kereta di hadapannya yang tiba-tiba berhenti untuk membelok ke kanan.,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook memberitahu, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).-KOSMO! ONLINE