fbpx

EPL: ‘Taring’ Newcastle semakin tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE melonjak ke kedudukan ketiga liga selepas meraih kemenangan ke atas Southampton kelmarin. – AFP

SOUTHAMPTON – Newcastle United mula dianggap sebagai antara kuasa besar dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melonjak ke kedudukan ketiga selepas membelasah Southampton 4-1 di Stadium St. Mary malam kelmarin.

The Magpies memastikan kemenangan keenam dalam tujuh perlawanan terakhir selepas Miguel Almiron, Chris Wood, Joe Willock dan Bruno Guimaraes masing-masing menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu, manakala gol Southampton dija­ringkan Romain Perraud.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe bagaimanapun tidak mahu terlalu gembira biarpun ramai yang menganggap pasukannya mampu mencabar Arsenal dan Manchester City dalam perebutan takhta liga.

“Saya tahu dan lihat kedudukan liga sekarang, tetapi saya tidak mahu terlalu fokus. Bagi saya, kedudukan ketika ini belum membuktikan apa-apa kerana saingan liga masih panjang.

“Apa yang penting sekarang adalah saya mahu semua pemain kekalkan aksi seperti ini menje­lang pusingan ketiga Piala Liga England (EFL) menentang Crystal Palace Khamis nanti,” katanya.

Biarpun menang, namun bekas pengendali Bournemouth itu masih belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya sepanjang perlawanan tersebut kerana beliau menganggap mereka boleh mempamerkan prestasi lebih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI