IPOH – Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Gopeng bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Tan Kar Hing disahkan positif Covid-19 hari ini.
Katanya, dia mula mengalami simptom Covid-19 pada pukul 12 tengah hari tadi lalu menjalani ujian kenduri sebanyak dua kali.
“Kedua-dua keputusan ujian kendiri menunjukkan bahawa saya telah sah dijangkiti covid-19. Saya memohon maaf atas perkara ini.
“Kepada sesiapa yang pernah berjumpa saya dalam sehari dua ini, saya mohon anda menjalankan ujian kendiri masing-masing. Kini, saya mula menjalankan kuarantin kendiri di rumah sehingga 11 November depan ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kar Hing berkata, segala program yang telah disusun untuk pengundi di kawasan Parlimen berkenaan oleh barisan jentera PH akan berjalan seperti biasa.
“Segala program berbentuk jelajah, lawatan muhibah, hi-tea dan ceramah akan saya teruskan secara dalam talian sehingga tamat tempoh kuarantin,” katanya. – KOSMO! ONLINE