fbpx

Hati Leona berkecai, bekas kekasih ada pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASIH Iris Leona dan bekas kekasihnya, Ryan berpisah sekitar Ogos lalu iaitu sebulan sebelum dia terbang ke UK bagi melanjutkan pengajian di sana.

PETALING JAYA – Selebriti media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan rasa sedih selepas mengetahui bekas teman lelakinya, Ryan sudah pun mempunyai kekasih baharu.

Lebih mengecewakan Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona Hairi Azhar, tempatnya digantikan dengan wanita lain dalam masa tiga bulan selepas mereka berpisah.

“Dia (bekas kekasih) dah jumpa perempuan lain. Rasa teruk apabila saya diganti hanya begitu sahaja,” ciapnya menerusi Twitter.

Coret Leona, 20, lagi hatinya kini berkecai-kecai apabila mengetahui tentang perihal terbabit namun kehidupan harus diteruskan.

“Tiada siapa kisah apa yang saya rasa pun. Hati saya dah berkecai-kecai,” ujarnya yang kini sedang menyambung pelajaran di United Kingdom (UK).

Malah Leona turut memberitahu, ibunya juga tahu tentang realiti hubungan cintanya yang terkandas di tengah jalan.

Turut bersimpati dengan nasib menimpa Leona, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar dia terus cekal menghadapi hari mendatang.

“Cari lelaki yang lebih baik di sana (UK). Jauh lagi perjalanan anda Leona.

“Ada orang dia bukan berharap sangat pun, tapi masih tunggu dan dalam perasaan itu kalau keadaan berubah boleh jadi macam dulu,” komen seorang netizen memberi semangat terhadap Leona.

Sebelum ini, Leona tidak menafikan merindui bekas kekasihnya dan tetap menjalin hubungan baik sebagai sahabat meskipun sudah berpisah.

Hubungan cinta antara selebriti sensasi yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu dan Ryan menemui titik noktah sekitar Ogos lalu.

Leona kemudian pada awal September lalu melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di University of Bath, England. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI