fbpx

Perak harap sentuhan De Paula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC berharap De Paula menemui sentuhan pada aksi menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

KETUA jurulatih Perak, ­Mehmet Durakovic mengha­rapkan sentuhan berbisa pe­nyerang import, Guilherme de Paula menjelang aksi penting bertemu Kedah dalam saingan terakhir Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Kata Durakovic, penyerang Brazil itu telah memberi sumbangan berkesan meskipun rekod jaringannya dibayangi oleh penyerang tempatan, Shahrel Fikri Md. Fauzi yang sudah meledak 10 gol musim ini.

“Memang dia kurang menjaringkan gol ketika ini tetapi dia tetap memberi sumbangan besar kepada Perak. Pasukan tiada apa-apa masalah dengannya.

“Justeru, saya berpuas hati dengan sumbangannya setakat ini. Dia melaksanakan tugas diamanahkan dengan berkesan,” kata Durakovic ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Durakovic mengakui tidak kira siapa yang menjaringkan gol sama ada Shahrel atau de Paula kerana apa yang penting ialah The Bos Gaurus memenangi perlawanan.

“Persefahaman dan kerjasama mantap dalam kalangan pemain Perak telah menyaksikan pasukan ini berjaya mengharungi badai yang melanda.

“Walaupun tidak dianggap pencabar unggul sebelum musim kerana tidak menghimpun pemain berbakat, kami tetap menamatkan saingan dalam kelompok teratas liga,” katanya.

Malah, Perak terbabit dalam perebutan tempat kedua liga dengan Kedah. Kedua-dua pasukan akan bertemu malam esok di Stadium Perak dalam perlawanan penentuan sekali gus menentukan kelayakan ke Piala AFC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI