fbpx

Ulang tahun pertama, Uqasha, Kamal berlawan ucapan manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA dan Kamal kini genap setahun berumah tangga.

PETALING JAYA – “Saya bangga ada awak yang bergelar suami saya.”

Demikian antara ucapan manis aktres Uqasha Senrose buat suami tercinta, Kamal Adli sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 5 November tahun lalu.

Dalam ucapan tersebut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, memberitahu mereka juga berjaya mengharungi pelbagai onak duri sepanjang tempoh perkahwinan yang sudah mencecah setahun.

“Ada banyak perkara yang hendak diucapkan tetapi hilang kata-kata. Walaupun macam-macam dugaan pahit manis, kita berjaya melaluinya dalam tempoh setahun.

“Abang (panggilan untuk Kamal), saya sangat bangga memiliki awak sebagai suami dan akan setiasa menyokong dalam setiap perkara dilakukan. Insya-Allah ,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu, juga mengakui mereka tidak terlepas daripada melalui fasa perbalahan sepanjang bergelar pasangan suami isteri.

“Awak adalah suami yang kelakar tetapi semasa bergaduh tidak. Biasalah, itu adat rumah tangga. Kata orang tua, kita ikut saja.

“Walaupun tiada sebarang majlis sebab kekangan kerja, saya tetap bersyukur dengan ucapan awak dalam satu hantaran Instagram,” ujarnya.

Sementara itu, Kamal, 36, juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami sifatnya.

“Alhamdulillah setahun bersama membuatkan rasa tak sabar nak melaluinya sehingga ke jannah.

“Terima kasih kerana menahan perangai, emosi, kegilaan dan kecomelanku.

“Ketika senang memang ramai tetapi di kala suka, hanya awak yang ada untuk saya. Saya cinta awak seorang,” ucapnya.

Pada 5 November tahun lalu, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Pasangan tersebut mula menjalin hubungan cinta sejak bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad sekitar tahun 2019.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI