fbpx

PRU15: Semua perlu hormat sensitiviti agama ketika berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (kanan) menyantuni masyarakat Cina di Jalan Jeti Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Semua calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) perlu menghormati sensitiviti agama ketika berkempen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, isu berkaitan agama tidak wajar disentuh kerana ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Semua kena hormat tentang prinsip atau pun yang telah semua terima pakai sejak kontrak sosial ketika kita mendapat kemerdekaan lagi.

“Oleh itu kita mengharapkan tiada pihak yang cuba untuk menyentuh sensitiviti soal Islam dan mempermainkannya,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni masyarakat Cina di Jalan Jeti di sini hari ini.

Menurut Idris, sebagai sebuah negara yang terkenal dengan budaya penuh sopan santun, amalan itu perlu dikekalkan setiap masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI