fbpx

Nadal, Djokovic buat perhitungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC berjaya menewaskan Tsitsipas pada aksi separuh akhir untuk mara ke pentas final menentang Djokovic malam ini. – AFP

LONDON – Novak Djokovic mara ke pentas final Terbuka Perancis selepas dikerah berhempas-pulas dalam lima set sebelum dapat mengetepikan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas semalam.

Pemain tenis No.1 dunia tersebut kini melangkah ke pentas final buat kali kelima di Paris selepas mengetepikan cabaran pemain muda berusia 22 tahun, Tsitsipas dengan keputusan 6-3, 6-2, 5-7, 4-6, 6-1.

Hasil kemenangan itu, Djokovic akan berdepan juara 12 kali Terbuka Perancis, Rafael Nadal malam ini selepas meraih kemenangan straight-set 6-3, 6-3, 7-6 (7/0) ke atas Diego Schwartzman sekali gus mara ke pentas akhir buat kali ke-13 di Paris.

Djokovic dalam misi melengkapkan kemenangan 18 Grand Slam dan Nadal sedang memburu kejuaraan ke-20 sekali gus menyamai rekod Roger Federer.

“Kejohanan di Paris merupakan gelanggang kegemaran Nadal. Sudah pasti motivasi saya tinggi kerana sebelum ini saya pernah mengatasinya pada musim 2015.

“Saya yakin ia satu pertemuan yang bukan mudah terutama ketika menentang Nadal di permukaan tanah liat. Saya akan berusaha keras untuk meraih kemenangan di sini,” kata Djokovic.

Djokovic adalah salah seorang daripada dua pemain yang berjaya menewaskan Nadal di Terbuka Perancis dalam tempoh 15 tahun. Ia akan menjadi pertembungan kali ke-56 buat kedua-dua pemain ber­kenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI