fbpx

PRU15: Tun Mahathir sifar modal politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar

IPOH – Tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan wujudnya kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuktikan beliau sudah sifar modal politik.

Calon Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, tuduhan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga dilihat penuh emosi kerana mungkin permohonannya untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) ditolak mentah-mentah oleh Anwar.

Bahkah katanya, kekecewaan Mahathir itu juga setelah melihat tanda penolakan orang ramai terhadap parti yang ditubuhkannya menerusi satu program di Sabah.

“Mungkin Tun terlupa bahawa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.

“Tindakan beliau memberi ruang kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menghancurkan negara apabila meletakkan jawatan Perdana Menteri tanpa mendapatkan pandangan Majlis Presiden PH ketika berlakunya Langkah Sheraton,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan Mahathir membuat tuduhan sebarangan itu juga menunjukkan pemimpin terbabit tidak pernah puas dengan karier politiknya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI