fbpx

Diva AA marah dalam video, lain pula netizen jumpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menerusi rakaman video yang dimuatnaik oleh Diva AA di media sosial

PETALING JAYA – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA yang memuat naik video tidak puas hati dengan pengurusan kondominium secara tidak sengaja telah terakam badannya sendiri tanpa pakaian.

Pada mulanya video itu memaparkan keluhannya memarahi pengurusan tempat tinggalnya itu yang tidak membenarkannya membela kucing.

Namun disebabkan rakaman itu dekat dengan cermin menyebabkan pantulan badanya kelihatan tanpa pakaian.

Dia yang dikenali ramai sebagai seorang pencinta kucing berang apabila mendapat amaran daripada pihak pengurusan mengenai rumahnya yang berbau busuk najis sehingga ke rumah-rumah jiran.

“Pihak pengurusan pun sudah terjah dan memasuki kondo saya kerana saya memang memberi peluang kepada mereka,” kata Diva AA menerusi video yang dirakam olehnya.

Video tersebut kemudian tular di platform media sosial lain termasuk Twitter sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

“Dia sudah banyak kali merakam video tanpa memakai apa-apa pakaian. Hari tu, saya sangka saya tersilap pandang, tetapi rupanya betul,” kata seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna menyifatkan dia terlalu sibuk sehingga terlupa untuk meluangkan masa menjaga dan mengurus kebersihan sendiri.

“Susah apabila tidak memahami konsep strata. Mungkin Diva AA sudah terbiasa menetap di kawasan yang bertapak, masak rendang sampai terhidu oleh jiran sebelah,” komen seorang lagi pengguna.

Menerusi video berkenaan, Diva AA turut meminta para netizen menularkan video berkenaan tanpa menyedari perkara lain yang menjadi tular. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI