fbpx

PRU15: Klinik Kesihatan Salak akan ditambah baik – Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar (dua kiri) ketika mengadakan sesi 'walkabout' di Pekan Lama Salak, Sepang di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Ribuan penduduk di Salak di sini bakal menikmati fasiliti Klinik Kesihatan Salak yang lebih baik dalam masa terdekat demi keselesaan mereka ketika menerima rawatan.

Perkara tersebut antara yang akan diusahakan calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran ketika melakukan tinjauan di premis berkenaan sewaktu turun padang bersama jentera parti.

“Banyak yang dapat ditambah baik di klinik dan perlu disegerakan bagi menampung ramai pesakit dari sekitar pekan dan kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata bahawa klinik kerajaan yang sudah berusia lebih 30 tahun itu memerlukan banyak penambahbaikan susulan pertambahan penduduk sekitar pekan Salak.

Antaranya ialah keadaan lantai di luar klinik itu yang dijadikan sebagai kawasan untuk pesakit luar duduk bagi menunggu giliran mereka sebelum dipanggil pegawai perubatan bertugas.

“Lantai kawasan ini yang hanya disimen tidak rata sepatutnya perlu dipasang jubin sesuai kerana kita bimbang ada pesakit boleh tergelincir dan cedera akibat licin jika basah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI