fbpx

Cavani dedah punca sertai United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI bakal menyarung jersi No. 7 United selepas sah menyertai kelab itu musim ini. – AFP

MANCHESTER – Penyerang baharu Manchester United, ­Edinson Cavani mendedahkan bahawa bekas pemain pasukan itu, Ander Herrera menjadi individu penting untuk dia bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan kelab berkenaan.

Cavani, 33, mengakui bahawa dia sangat percayakan rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain itu yang memberikan pendapat jujur mengenai The Red Devils sehingga dia yakin bahawa United mampu memberikannya cabaran baharu.

“Saya banyak bercakap de­ngan Ander dan begitu juga bersama rakan sepasukan lain seperti Angel Di Maria ketika bersama-sama di Paris. Sehinggakan pada saat akhir sebelum membuat keputusan menyertai United pun, saya menghubungi Ander.

“Saya sangat mengagumi Ander sebagai seorang sahabat dan segala perkataan yang keluar daripada mulutnya sangat membantu saya untuk membuat keputusan ini. Saya mengakui, selepas bercakap dengan Ander baharulah saya bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama United,” katanya.

Dalam pada itu, Cavani me­ngakui dia sudah tidak sabar untuk turun membantu United dalam perlawanan berikutnya selepas ini dan mahu membuktikan kemampuannya di Liga Perdana Inggeris.

“Saya sangat teruja untuk berada di sini. Saya bermotivasi untuk menyertai kelab ini yang mempunyai sejarah hebat.

“Memang benar saya mempunyai banyak pilihan sebelum ini dan ketika itu, ia bukan mudah untuk membuat keputusan.

“Saya tertarik untuk menikmati bola sepak gaya Inggeris selain tawaran itu hadir daripada sebuah kelab yang besar seperti Manchester United menyebabkan ia sukar ditolak.

“Ia benar-benar membuatkan saya tertarik. Motivasi untuk datang ke sini sangat besar dan saya sangat tidak sabar untuk bersaing dan bekerja keras memberikan yang terbaik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI