fbpx

Amaran ribut petir bagi tujuh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia berkata, tujuh negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sarawak.

“Seluruh kawasan di Pulau Pinang dan di Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) diramal menghadapi cuaca buruk ini.

“Di perak pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),” katanya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, di kawasan pantai timur hanya negeri Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Rompin) dijangka berdepan dengan ribut petir dan hujan lebat pagi ini.

Sementara itu, kawasan di Selangor yang diramalkan hujan lebat adalah Sabak Bernam dan Kuala Selangor sahaja.

“Di Sarawak, kawasan yang akan menghadapi cuaca buruk ini adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI