fbpx

PRU15: Khairy Jamaluddin ‘menang’ selfie di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bergambar bersama peserta larian ‘DASH Penchala Link Night Run’ di Uptown Kota Damansara semalam. IHSAN MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berseloroh dengan mengatakan sekiranya setiap undi itu dikira melalui bilangan swafoto yang diambil, pastinya BN sudah menang di Parlimen Sungai Buloh menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Khairy Jamaluddin yang turut bersaing bersama enam lagi calon di Parlimen Sungai Buloh itu yakin dengan kehadirannya di kawasan tersebut akan memberi sinar baharu buat BN meskipun pernah kalah tiga penggal berturut-turut.

“Jadual saya dari semalam asyik lewat sahaja, sepatutnya di satu tempat diperuntukkan 30 minit, dia jadi 45 minit sebab ramai yang nak ajak ‘selfie’.

“Kalau saya kira bilangan orang ‘selfie’ dengan saya, BN boleh menang di Parlimen Sungai Buloh ini,” katanya ketika sesi ceramah ‘Kata Janji KJ’ di Paras Jaya Dalam, Sungai Buloh malam ini.

Sementara itu, Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau sanggup meninggalkan kawasan selamat (Parlimen Rembau) yang dipeganggnya selama tiga penggal untuk memastikan BN dapat merampas semula kawasan Sungai Buloh daripada pegangan parti lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI