fbpx

Tekanan kuat air pasang punca ban pecah di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi ban dikatakan pecah sehingga menyebabkan limpahan sekitar Tanjong Karang

SHAH ALAM – Tekanan kuat akibat air pasang menjadi faktor ban yang sedang dalam pembinaan pecah dalam kejadian di Tanjong Karang awal pagi tadi.

Kejadian banjir pada mulanya berlaku kira-kira pukul 4 pagi di kilang padi Tanjong Karang disebabkan limpahan Sungai Tengi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataannya memaklumkan kerja-kerja pembaikan benteng Sungai Tengi kemudiannya dilakukan pihaknya.

Katanya, bagaimanapun tekanan kuat yang disebabkan oleh air pasang besar telah menyebabkan berlakunya limpahan.

“Pada mulanya limpahan kecil telah menjadi besar pada benteng yang sedang dibina.

“Pam bergerak 10cusec telah diaktifkan serta merta dan kerja-kerja pembaikan diteruskan serta pintu air pasang surut
berhampiran telah dibuka pada jam 8 pagi tadi,” katanya.

Jelas JPS, tindakan pembaikan disambung semula dan sedang giat dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir kepada penduduk sekitar.

Difahamkan kejadian ban pecah itu berlaku di lokasi sama sebelum ini dan merupakan kali ketiga dalam tempoh dua bulan.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan
tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan air akibat ban pecah di sekitar Tanjong Karang, awal pagi tadi.

Kesemua mereka berusia empat hingga 70 tahun dipindahkan ke rumah jiran berhampiran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI