fbpx

PRU15: TikTok platform YB ‘jual diri’, tarik pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin dan Young Syefura atau Rara antara calon yang menggunakan TikTok untuk kempen mereka pada PRU15.

Kelmarin selesai sudah calon-calon di 222 Parlimen menamakan diri mereka sebagai wakil-wakil Yang Berhormat dan sekarang ada masa 14 hari untuk mereka ‘menjual diri’ bagi menawan undi rakyat.

Ada yang telah lama menawan hati rakyat di Parlimen masing-masing apabila merasakan dirinya akan dicalonkan di kawasan berkenaan.

Ada juga yang baharu tahu mewakili kawasan baharu dan mereka hanya ada 14 hari untuk memikat hati pengundi di situ seperti yang berlaku kepada penyandang Parlimen Rembau yang sekarang ini beralih merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Masa yang ada digunakan sebaik mungkin apabila dan sebaik sahaja dicalonkan pada malam Selasa lalu beliau terus turun ke Sungai Buloh.

Menariknya kempen PRU15 kali ini apabila media sosial TikTok memainkan peranan agak besar terutama memikat pengundi muda.

Pilihan raya kali ini menyaksikan negara mempunyai 1.4 juta pemilih golongan baharu yang merupakan orang muda.

Jumlah keseluruhan pemilih tahun ini sebanyak 21.1 juta yang menyaksikan pengundi belia berumur 18 tahun hingga 40 tahun dianggarkan 12.2 juta atau 58 peratus daripada jumlah pengundi.

Itu bermaksud nilai pangkah orang muda sangat penting dan disebabkan itulah media sosial terutama TikTok menjadi salah satu platform bakal Yang Berhormat mempromosikan diri.

Pada PRU14 TikTok masih belum wujud dan persaingan hanya di Twitter, Facebook dan YouTube.

Setakat pemerhatian penulis sejak setahun lalu, gabungan Pakatan Harapan sudah lama menggunakan TikTok dengan content untuk mempengaruhi pengundi.

Penulis sendiri hampir setiap hari apabila melayari TikTok mesti ada video gabungan itu melintas For You Page (FYP).

Bagi Barisan Nasional pula sebelum ini mereka lebih selesa di Facebook dan baharu beberapa hari ini kelihatan aktif di TikTok.

Khairy Jamaluddin nampaknya bertuah kerana akaun TikToknya memang sudah terkenal dan tular sejak video anak lelakinya menerima suntikan vaksin Covid-19.

Jadinya calon Sungai Buloh itu nampaknya tidak ada masalah untuk berkempen di TikTok ditambah pula dengan ramai ‘lovers’ nya mengulang siar dan membuat content mengenai kempennya di Sungai Buloh.

Nasihat penulis gunakan TikTok dengan sebaiknya, siapa yang terbaik akan menang hati rakyat.

Berkempen tiada orang datang tiada masalah sekarang ini kerana ramai pengundi muda hanya boleh lihat siaran langsung di media sosial atas katil sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI