fbpx

Tentera Darat cadang tambah baik Latihan Peralihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamrose bersama veteran ATM pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Sembilan di Kem Segenting, Port Dickson, hari ini. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Tentera Darat bercadang agar Latihan Peralihan yang diberikan kepada anggota tentera sebelum menamatkan perkhidmatan dapat ditambah baik.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, penambahbaikan itu termasuk dengan kerjasama pihak swasta yang bertujuan agar kerjaya kedua disertai anggotanya sesuai dengan kursus yang telah diikuti.

“Tentera Darat bercadang untuk menambah baik bidang dalam kursus peralihan yang dijalankan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) itu.

“Bagaimanapun, selepas mereka berpencen, ada dalam kalangan mereka yang menyertai kursus peralihan ini, mereka menceburi pula bidang yang lain. Pada tahun lalu, saya telah memantau seramai 100 veteran yang menjalani kursus peralihan selama lapan bulan bagi melihat apa masalah yang dihadapi.

“Seramai 20 orang tidak berjaya dalam bidang yang diceburi dan saya akan memanggil mereka nanti. Daripada situ kita dapat melihat masalahnya, disebabkan oleh keadaan pasaran di luar atau mereka sendiri yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM Peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Sebatang Karah, Kem Segenting di sini hari ini.

Jelas Zamrose, kurus Latihan Peralihan merupakan satu faedah yang hanya diberikan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum mereka menamatkan perkhidmatan dan memberi latihan kemahiran sebagai persediaan awal sebelum beralih ke bidang awam.

Latihan Peralihan merupakan kursus jangka masa panjang di antara tiga bulan sehingga 18 bulan merangkumi beberapa bidang.

“Kebanyakan latihan peralihan memfokuskan lima bidang profesional termasuk mekanikal, hiasan, automotif, hospitaliti, keusahawanan dan pengurusan.

“Jika boleh hendak memohon agar bidang yang tiada dalam kursus peralihan ini dapat pula bekerjasama dengan pihak swasta. Kebanyakan mereka (anggota tentera) lebih meminati bidang usahawan, ramai hendak berniaga selepas berpencen,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI