fbpx

Buruh maut, motosikal terbabas di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Shahriman yang maut dalam kemalangan di KM 377.2, LPT2 berhampiran Bukit Besi di sini semalam.

DUNGUN – Seorang buruh maut selepas motosikal jenis Honda RS-X ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 377.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 6 petang itu, mangsa, Shahriman Makhtar, 29, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Shariman dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman dari rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri laluan lebuh raya.

“Impak kemalangan itu menyebabkan kepala dan muka mangsa cedera parah akibat terjatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan Shahriman sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI