fbpx

Ustaz Kazim sembuh daripada penyakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim ketika bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim telah sembuh daripada penyakit misteri yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Menurutnya, beliau menjalani rawatan alternatif penyakit tersebut di Madinah pada September lalu.

“Saya buat rawatan selama empat hari di dua tempat di Madinah. Saya dapatkan air dari telaga nabi yang masih wujud di Badr.

“Alhamdulillah, pulang dari situ, wajah saya sudah ‘ok’, tidak lagi luka dan berdarah. Kalau dulu kena pakai topeng kerana boleh berdarah secara tiba-tiba.

“Sekarang sudah bulan November dan keadaan pun semakin baik. Saya bersyukur kerana tidak perlu lagi pakai krim untuk tahan luka,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah di sini hari ini.

Menurut Mohd. Kazim, beliau juga kini semakin sihat dan boleh memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

“Jika orang mengikuti aktiviti seharian saya, mereka tahu saya memang sihat. Saya boleh berjalan dari Kuala Lumpur sampai ke Sik, Kedah. Dalam satu hari empat program dan semuanya jauh-jauh.

“Masalah saya (sebelum ini), penyakit saya ini tidak dapat dikesan dan saya telah pun pergi ke Madinah untuk rawatan dan alhamdulillah, sudah sihat sepenuhnya dan keadaan kesihatan saya sangat memuaskan,” katanya.

Pada Mei lalu, Mohd. Kazim dalam dua hantaran berasingan dalam media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI