fbpx

PRU15: ‘Amoi’ guna surat terbuka sebagai bahan kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yee Fung menggunakan surat terbuka sebagai bahan kempen PRU15 untuk memperkenalkan dirinya. - Foto SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung, 33, memilih menggunakan surat terbuka sebagai bahan kempen memperkenalkan dirinya kepada pengundi di kawasan itu.

Yee Fung yang merupakan anak tempatan Pulau Pinang berkata, surat terbuka itu memuatkan semua maklumat peribadi termasuk misi dan visi utama dirinya untuk pengundi selaku calon BN daripada parti MCA.

“Surat terbuka ini disediakan di dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris untuk memudahkan masyarakat berbilang bangsa di negeri ini mengenali saya.

“Saya akan serahkan surat terbuka ini kepada pengundi-pengundi yang saya jumpa ketika turun padang berkempen termasuk ketika berjumpa mereka di rumah, pasar, medan selera dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN Parlimen Bayan Baru di Bukit Jambul, di sini hari ini.

Yee Fung bakal berdepan saingan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini bagi merebut kerusi Parlimen Bayan Baru yang sebelum ini dimiliki Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod, pada PRU14, penyandang kerusi berkenaan Sim Tze Tzin menang dengan majoriti 37,751 undi selepas memperoleh keseluruhan 51,555 undi.

Yee Fung yang masih bujang berkata, dia akan turut memuat naik surat terbuka kepada pengundi Bayan Baru itu menerusi media sosial dalam bentuk video untuk menarik pengundi-pengundi muda.

Dalam pada itu, Yee Fung berkata, dia mengakui cabaran untuk menang di kerusi Parlimen Bayan Baru itu agak sukar memandangkan dominasi PH selama tiga penggal di kerusi berkenaan.

“Saya akan berdepan dengan saingan calon senior daripada parti lain, namun saya ingin menawarkan pembaharuan kepada para pengundi di Bayan Baru.

“Isu dan masalah masyarakat tempatan masih sama sejak dahulu dan antara masalah yang masih gagal diselesaikan adalah berkaitan banjir kilat termasuk kesesakan lalu lintas yang teruk di sini.

“Saya berharap pengundi dapat memberi peluang untuk membolehkan saya berkhidmat kepada mereka nanti,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan masyarakat termasuk pengundi Melayu terhadap dirinya sebagai calon, Yee Fung berkata, dia yakin masyarakat Melayu dapat menerimanya dengan baik memandangkan dia merupakan wakil kepada keluarga Malaysia yang berbilang kaum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI