fbpx

Aksi mantap dituntut dari setiap pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRHAN (tengah) berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia menang 4-1 ke atas Mesir pada aksi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh malam tadi.

IPOH – Aksi mantap ketika membenam Mesir 4-1 malam tadi dituntut daripada setiap pemain Malaysia apabila bertemu Afrika Selatan pada Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah petang ini.

Ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj menuntut persembahan bertenaga yang sama seperti dilakukan ke atas Mesir malam tadi jika mahu melangkah ke perlawanan akhir kejohanan itu.

Tanpa berselindung, Arul turut memuji anak-anak buahnya apabila mengakui, setiap pemain turun dengan kesungguhan dan keazaman tinggi untuk menang dalam aksi menentang Mesir amlam tadi.

“Ia ibarat perlawanan hidup atau mati buat Malaysia. Bertemu Afrika Selatan hari ini juga satu lagi misi hidup mati,” katanya.

Arul berharap para pemainnya dapat mengekalkan momentum seperti terhasilnya empat gol ke atas Mesir menerusi dua jaringan Shello Silverius dan satu daripada Muhammad Firhan Ashari serta Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Perlawanan dengan Afrika Selatan ini adalah ulangan aksi yang dibatalkan akibat hujan lebat pada Sabtu lalu yang hanya sempat berlangsung selama 13 minit.

Selepas menunggu lebih sejam, delegasi teknikal kejohanan, Muneer Mohammed dari India memutuskan penundaan perlawanan ke hari ini pada pukul 5.00 petang.

Ketika itu, Afrika Selatan mendahului 1-0 melalui jaringan Cameron Yves Norman le Forestier hasil hantaran daripada Trevor Junior de Lora pada minit ke-11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI