fbpx

Isteri calon Parlimen Kubang Pasu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri kepada Amiruddin (kiri) meninggal dunia tengah malam tadi di Negeri Sembilan.

ALOR SETAR – Isteri kepada Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah yang juga calon Parlimen Kubang Pasu meninggal dunia, tengah malam tadi.

Datin Siti Hamimah Ab. Rahman disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Bekas Pegawai Khasnya, Ku Iskandar Ku Saad berkata, Allahyarham Siti Hamimah meninggal dunia di Jelebu, Negeri Sembilan kerana kanser.

“Difahamkan sakitnya itu datang kembali setelah pernah sembuh sebelum ini.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Pantai, Seremban kira-kira pukul 10 pagi ini,” katanya.

Pada hari penamaan calon semalam, Amiruddin sah diangkat sebagai wakil Pejuang untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau berdepan saingan tiga calon lain iaitu Datuk Hasmuni Hassan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail dari Perikatan Nasional (PN) dan wakil Pakatan Harapan (PH), Aizuddin Ariffin.

Pada PRU14, Amiruddin memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi 29,984 undi, mengatasi Datuk Seri Johari Baharum dari BN yang memperoleh 16,975 undi dan Norhafiz Fadzil dari Pas yang sekadar mendapat 13,375 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI