fbpx

Penyanyi Aaron Carter mati lemas di dalam tab mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON Carter ditemui mati lemas di dalam tab mandi di kediamannya, semalam.

PENYANYI Aaron Carter yang juga adik kepada anggota kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter ditemui mati lemas di dalam tab mandi di kediamannya di Lancaster, California pada pagi Sabtu.

Wakil pengurusannya mengesahkan berita kematian penyanyi berusia 34 tahun itu kepada pihak media.

“Sekarang adalah masa yang begitu menyedihkanAar, kami masih berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku dan punca kematiannya.

“Kami sama seperti orang lain yang bersedih atas pemergiannya dan berharap peminat dapat mendoakan dan memberi sokongan kepada kepada keluarganya,” ujar wakil pengurusannya.

Menurut laporan TMZ, pihak polis tiba di tempat kejadian sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) selepas menerima laporan tentang seorang mangsa lemas.

Bekas tunang Aaron, Melanie Martin turut berkongsi khabar duka tersebut dan masih sukar menerima hakikat mengenai pemergian penyanyi itu.

“Saya menyayangi Aaron sepenuh hati dan selepas ini akan bermula perjalanan membesarkan seorang anak tanpa bapanya.

“Mohon hormati privasi keluarga saya kerana kami baru sahaja kehilangan seseorang yang begitu kami sayangi.

“Kami masih dalam proses untuk menerima hakikat mengenai perkara ini. Segala ucapan dan tanda ingatan anda amat dihargai,” kata Melanie.

Aaron dan Melanie dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Prince yang kini berusia 11 bulan selepas mengumumkan pertunangan mereka pada Mac 2020.

Mereka bagaimanapun berpisah pada Februari lalu.

Difahamkan, Aaron secara sukarela mendaftar diri ke pusat pemulihan awal tahun ini kerana ingin mendapatkan hak penjagaan anaknya.

Aaron memulakan karier seninya sebagai penyanyi pembukaan untuk konsert kumpulan Backstreet Boys dan juga Britney Spears.

Malah dia juga seorang penyanyi solo yang berjaya apabila pada sekitar 1990-an, dia menjual jutaan unit daripada empat buah albumnya.

Lebih membanggakan, album pertamanya dilancarkan ketika dia berusia sembilan tahun.

Album keduanya, Aaron Party (Come Get It) dilancarkan pada 2000 dan mendapat tiga platinum atas kejayaan penjualan.

Menginjak dewasa, Aaron mula menukar haluan muziknya ke genre rap dan muncul dalam pementasan teater muzikal serta program popular Dancing With The Stars.

Bagaimanapun, penyanyi itu juga terkenal sebagai seorang yang bermasalah apabila keluar masuk pusat pemulihan akibat masalah ketagihan dadah.

Malah Aaron turut diisytihar muflis kerana berhutang jutaan dolar, kebanyakannya berkaitan dengan cukai.

Selain itu, dia juga pernah berhadapan masalah dengan pihak berkuasa melibatkan pemilikan dadah dan memandu secara berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI