fbpx

PRU15: Calon BN Pengkalan Chepa lapor polis, nafi tidak habis belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafiezulniezam (kiri) menunjukkan laporan polis mengenai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Dr. Mohd. Hafiezulniezam Mohd. Hasdin membuat laporan polis berhubung kes fitnah tular di media sosial yang mempertikaikan status kelayakan akademiknya sebagai pegawai perubatan.

Mohd. Hafiezulniezam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini bersama peguam dan jentera BN untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita yang menyebar fitnah itu.

Menurutnya, fitnah tersebut secara tidak langsung menjejaskan nama baiknya sebagai calon BN di Parlimen Pengkalan Chepa.

“Seorang kenalan memaklumkan bahawa ada yang menyebar fitnah mengenai kelayakan akademik saya menerusi Facebook dan Twitter. Ketika itu, saya berada di Bilik Gerakan BN di Kampung Panchor, Kemumin di sini kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

“Saya terpaksa membuat laporan polis bertujuan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang sudah dikenal pasti identitinya” katanya ketika ditemui di IPD di sini sini hari ini.

Mohd. Hafiezulniezam memberitahu, beliau mempunyai ijazah doktor falsafah dalam bidang pengajian doktor di Indonesia bermula 2004 hingga 2009 sebelum kembali ke tanah air pada 2010.

Katanya, dalam laporan itu, semua bukti sijil pengajiannya sudah dikemukakan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman sosial yang mempertikai kelayakan akademik calon BN Pengkalan Chepa itu yang mendakwa beliau tidak tamat pengajian di Universiti Gadjah Mada.

Hantaran itu turut mendakwa Mohd. Hafiezulniezam tidak menggunakan gelaran doktor pada namanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI