fbpx

Influencer bakal disaman gara-gara beri ‘review’ jujur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar luahan @Izwanhs mengenai tindakan seorang pengasan produk berhubung 'review' yang dibuat olehnya di media sosial.

PETALING JAYA – Gara-gara memberikan ‘review’ (ulasan) yang jujur, seorang ‘influencer’ (pempengaruh) media sosial mendakwa akan disaman seorang pengasas produk tempatan yang dikenali ramai.

Menerusi hantaran di media sosial miliknya @izwanhs, memaklumkan bahawa dia didakwa telah menutup periuk nasi dan sengaja menjatuhkannya sekali gus menyebabkan jualan produk individu terbabit berkurangan.

“Sejak bila ulasan yang jujur menjatuhkan perniagaan seseorang individu? Lebih-lebih lagi, saya juga tidak mengenalinya. Allah tahu siapa menganiaya siapa,” katanya.

Susulan itu, rata-rata orang ramai menyokong tindakan individu terbabit atas kejujurannya sewaktu mengulas produk-produk yang diterima.

“Kita memerlukan sikap yang jujur sewaktu memberikan ulasan terhadap sesuatu produk bagi mengelakkan wang kita terbazir begitu sahaja,” ujar seorang pengguna.

Dalam pada itu, seorang pengguna mengakui bahawa dia memiliki keberanian membeli sesuatu produk baharu adalah disebabkan ulasan jujur daripada pempengaruh tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk tersebut serta ada juga yang sempat memberi nasihat kepada pengasas produk berkenaan.

“Pada pandangan saya, pempengaruh tersebut sudah memberikan pandangannya dengan jujur tetapi produk kosmetik bergantung kepada kulit masing-masing, kerana kulit saya sesuai dengan produk tersebut,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI