fbpx

28.5 peratus sisa plastik di laut berjaya dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belia dari organisasi #BreakFreeFromPlastic mengumpul sisa plastik dan sampah semasa pembersihan pantai di Pekan Bada, wilayah Aceh pada 21 September 2021. - AFP

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ia telah berjaya mengurangkan 28.5 peratus pembuangan sisa plastik ke dalam laut di negara itu dari 2018 hingga 2021, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Kadar itu adalah sebahagian daripada sasaran asal pemerintah iaitu untuk mengurangkan 70 peratus pembuangan sisa plastik menjelang 2025.

“Pada 2021, kita berjaya mengurangkan kira-kira 28.5 peratus sisa plastik yang masuk ke laut berbanding 2018,” kata Penolong Timbalan Pengurusan Sampah dan Sisa di Kementerian Koordinator Bidang Kelautan dan Perikanan Pelaburan, Rofi Alhanif.

Menurut beliau, kajian yang dijalankan oleh Institut Sains Indonesia sebelum ini mendedahkan bahawa sisa plastik yang dibuang ke laut di negara itu adalah antara 270,000 hingga 590,000 tan setahun setakat 2018.

Rofi memaklumkan, pencapaian semasa agak baik walaupun masih jauh daripada sasaran iaitu sekitar 70 peratus. Beliau juga optimis sasaran itu mampu dicapai kerana masih berbaki empat tahun lagi sehingga 2025.

Indonesia merupakan penyumbang sisa plastik kelima terbesar di dunia berdasarkan data dikeluarkan oleh syarikat peruncitan, Meijer pada 2021.

Sebelum itu, negara itu disenaraikan sebagai penyumbang kedua terbesar sisa plastik di dunia daripada data dikeluarkan seorang penyelidik dari Universiti Georgia, Jenna Jambeck pada 2015.

“Jadi perkembangannya sudah ada, malah ada kajian pada 2021 menunjukkan bahawa Indonesia bukan penyumbang sisa plastik kedua tetapi kelima terbesar di dunia.

“Ini bermakna kita sudah mencapai kemajuan dalam mengurangkan sisa laut,” kata Rofi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI