REMBAU – Anggota bomba berjaya menyelamatkan dua pendaki yang cedera di atas Gunung Datuk di sini, petang tadi.
Dua wanita berusia 20-an itu mengalami kecederaan pada lutut menyebabkan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Moktar Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pukul 4 petang sebelum sebuah jentera bersama anggota dikejarkan ke lokasi.
“Mangsa pertama ditemui pada ketinggian 200 meter dan mangsa kedua ditemui pada ketinggian 300 meter. Kedua-duanya cedera di lutut.
“Anggota memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawa mangsa turun ke kaki bukit. Operasi menyelamatkan kedua-dua mangsa telah selamat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE