SYDNEY – Seorang lelaki di Australia yang meletakkan kenderaannya di tepi sebatang jalan hanya untuk beberapa ketika terkejut apabila mendapati kereta tersebut rosak teruk akibat dihempap sebuah sofa, lapor akhbar Metro UK semalam.
Herbert Xia, meletakkan kereta yang disewanya di sebatang jalan dekat sebuah kawasan kediaman hanya selama 15 minit sebelum kembali semula ke lokasi itu.
Setibanya Herbert di jalan tersebut, dia terkejut apabila mendapati sebuah sofa menghempap dan memecahkan cermin hadapan kereta Toyota Yaris itu.
Polis kini sedang menyiasat insiden berkenaan dan mencadangkan bahawa sofa itu telah dicampak dari balkoni sebuah unit berhampiran yang mengadakan parti.
“Sungguh pelik, jika saya cuba meletakkan tiket (parkir) di atas kereta itu, saya mungkin telah dimasukkan ke hospital,” kata Herbert kepada agensi berita 9News.
Sofa itu dilaporkan menghempap beberapa pokok sebelum mengenai kereta Herbert.
“Sofa itu dicampak dari tempat tinggi dan ia berlaku ketika orang ramai pulang dari kerja,” kata Ketua Inspektor Polis Sydney, Gary Coffey. – Agensi